Summit Low's Peak - Friday morning 5/6/2015 @ 5:30am
Kronologi 1: dari Puncak sampai turun (Timpohon Gate)
EDIT 2016: New Plague:
Sunrise at Low's Peak of Mount Kinabalu (height at 4,096 metres asl)
selepas summit dan bergambar dan menikmati keindahan matahari terbit , kami segera turun. (Malim gunung tidak membenarkan kami duduk lama di puncak,kerana ramai pendaki yang hendak naik, dan kami perlu sampai di Laban Rata sebelum pukul 10 pagi)
Call wife at 6:40am (disemenanjung matahari belum terbit) kata saya dah selamat sampai puncak.
pic from Internet - sunriseodyssey.com
Terjemahan dari surah 99 al-Zalzalah (Kegoncangan):-
(1) Apabila bumi digoncang dengan goncangan yang dahsyat;
(2) Dan bumi itu mengeluarkan bebanannya;
(3) Dan berkatalah manusia, "Mengapa bumi (sebegini) ?
(4) Pada hari itu (bumi) menceritakan khabar beritanya;
(5) Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian);
(6) Pada hari itu manusia akan keluar berselerak untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka;
(7) Maka sesiapa yang membuat kebaikan seberat habuk, nescaya dia akan melihatnya;
(8) Dan sesiapa yang membuat kejahatan seberat habuk, nescaya dia akan melihatnya.
(pic below by: Damon Tighe)
tiba di SAYAT-SAYAT Check-point Hut -3654 meters asl. 7:10am, gegaran berlaku 7:15am
Di sinilah
tempat saya berhenti rehat setelah menunjukkan name tag kepada ranger.
Saya bersama 2 pelajar (Haruna Ezlan dan Amirul). Haruna ingin membuang air kecil di toilet berwarna hujau tu, tetapi ada orang sedang menggunakan. Sedang kami berdiri, tiba-tiba berlaku goncangan kuat . Semua tiang pondok Sayat-sayat bergoncang. Seumur hayat saya tidak pernah mengalami keadaan itu. Kami panik. Saya tidak putus membaca "La hawla wala quwwata illa billah"
Tiba-tiba bongkah batu besar gugur dari Puncak Tungku Abdul Rahman, jatuh lebih kurang 200 meter di depan kami. Tak dapat digambarkan perasaan takut kami ketika itu. Amirul berkata "Doktor doalah, doktor doalah" . Saya pun menadah tangan dan berdoa minta Allah selamatkan kami dari malapetaka ini.
Saya mengarahkan Amirul dan Aruna supaya berlindung di belakang pondok kerana takut ada gempa susulan. Sedang kami bergerak ke belakang kami nampak 3 orang berlari turun (seorang Malim Gunung dan 2 org pelancung asing -lelaki & perempuan). Malim berteriak "go-go, be careful, be careful". Tanpa fikir panjang & dengan survival instinct ,saya kata mari ikut mereka turun. Kami bertiga pun lari turun meredah pokok-pokok gunung renek turun ke kanan mengelak jalan normal (yang telah di tutupi batu) dari Sayat-sayat. Malim gunung dan 2 Mat-Saleh lari sangat laju. Sekelip mata mereka sayup-sayup di depan, dan kami kehilangan arah trek. Aruna cuba mencari jejak di celah-celah daun dan menemui kesan tapak kaki.
Pic below by John Kong
Kami melalui batu-batu seperti gambar di bawah ini. Di sini saya berjumpa seorang pemuda Cina duduk di atas batu sambil menangis (saya rasa dia tidak cedera). Kami tak dapat berbuat apa, lalu meneruskan perjalanan turun...
Tungku Abdul Rahman Peak, view from stunted plant (that we goes thro) - Picture © Gerald S. Cubitt / WWF
Kemudian kami jumpa dengan cerun batu seperi gambar di bawah (tanpa tali seperti itu).
Dipemulaan kami turun dengan berpegang kepada rumput-rumput di celahan batu, diakhir lebih kurang 30 kaki kami mengelonsor turun seorang demi seorang. Seluar dan sarung tangan kami koyak.
Ini gambar dari Internet - (Pic by: Safrey Sumping)
Kami bertiga sampai di Laban Rata @8:30am - Call wife kata ada malapetaka besar di gunung - saya selamat - dan tanya adakah apa-apa berita di TV ?
Banyak kemusnahan dapat saya saksikan. Bangunan Panar Laban musnah dihempap batu. (pic from Internet by: Vectronera Florine - below)
Kami cuba masuk ke bilik di Laban Rata untuk mengambil beg, pekerja tidak membenarkan masuk dan mengarakkan kami turun.
Orang muda (Amirul 14th & Haruna 16th) berjalan laju, mereka minta untuk jalan dulu. Saya yang tanpa tongkat sokongan, menahan sakit lutut berjalan terhincut-hincut seorang diri menuruni tangga selama 5 jam -sejauh 8km.
Amirul (kiri) dan Haruna
Saya lalu di sini seorang diri, berderau darah bila saya toleh kekanan - tanah runtuh cerun dalam sayup mata memandangbanyak retakan tanah dan pokok tumbang di jalan laluan turun ke Timpuhan
Mayat seperti ini juga kami jumpa - (Pic: sabahkini.com)
Sambil berjalan saya ternampak 2 jurupandu yang memakai topi keselamatan berwarna merah sedang mendukung mangsa yang tercedara. Beberapa langkah mangsa tergelunsur dan lehernya terlentuk, Jurupandu meletakan mangsa di tepi trek dan merasa nadi - dah tak de katanya. Saya kemudian memperkenalkan diri sebagai doktor dan merasa nadi carotid di leher - tiada denyutan. Saya tanya pendaki dari mana?. Dari Singapura kata jurupandu, lalu berlalu pergi. Saya sangka mayat itu wanita berumur dalam 20an, tapi dia adalah mendiang Peony Wee Yee Ping, 12thn pelajar dari Tanjong Katong Primary School.
EDIT: 19 orang terkorban pada hari iti
The full list of the 19 is as follows.
Malaysia:
Lim Choon Seong, 45 (Male)
Muhammad Logman bin Abd Karim, 22 (M)
Mohd Khairuladzuan bin Abd, 39 (M)
Valerian Joannes - Mt Torq staff , (M)
Ricky Masarin – Mt Torq staff, (M)
Joseph Solugin –Mt guide, (M)
Robbie Sapinggi, 30 (M) - Mt trainer- (body recovered on Friday)
Singapore:
Rachel Ho Yann Shilin, 12, (Female)
Sonia Jhala, 12, (F)
Emilie Giovanna Ramu, 12, (F)
Ameer Ryyan bin Mohd Aded, 12, (M)
Navdeep Singh Jayral s/o Raj Kumar, 13, (M)
Mohammad Ghazi b Mohamed, 35, (M)
Loo Jian Liang Terrence, 29, (M
Muhammad Daanish b Amran, 22, (M)
Wee Ying Ping Peony, 12 (F) – (Body recovered Friday)
Philippines:
Karyl Mitzi Higuit Matahom, 12, (F)
Japan:
Ozaki Masahiro, 29, (M)
China:
Lugi, 35, (male)
9 orang kawan saya terkandas di puncak selama 9 jam. Menjangkakan tidak lama di puncak, kami bawa hanya sedikit bekalan - 1 botol air mineral 600ml dan beberapa biji gula-gula, coklat dan kismis. Kawan saya lapar dan haus. (pis by: Facebook: Charlene Dmp)
ada Helikopter datang menjatuhkan bekalan makanan, tetapi tersasar dan jatuh jauh di gaung. (pic: BERNAMA)
Cikgu Rosdi, Cikgu Razak, Cikgu Kamarul, Insp. Fadhli Ikram, Cikgu Norlela, Cikgu Saifullizam, Cikgu Kharul, Pelajar Ummi Solehah dan Ameer Aiman
Selepas 9 jam di atas, mereka berjalan turun pada pukul 4:30 ptg, selama 9jam dan samai ke Timpohon gate pada jam 1 pagi (pic: AP Photo)
Saya tiba di pintu masuk Timpuhan pada pukul 1:25ptg, disambut oleh anggota bomba dan kilauan flash jurugambar. Perkara pertama yang saya sebut adalah air.
Cerita selanjut baca petikan artikel:
Berberapa maklumat tidak betul - Nama saya: Dr. Redzlan, ada website quote Dr. Ridzlan dari Pulau Pinang. Ada kata saya Jurupandu arah. Ada kata Dr. Redzuan / Rezlan
Saya adalah PENDAKI, dari kumpulan Sekolah Menengah Keb. Tengku Kudin di Raub.
Link to Berita Rakyat Post
letih gila...
Sebenarnya saya boleh berjalan sendiri naik (tanpa perlu dipapah) ke tangga terakhir di Timpuhan Gate ni.
Senarai pendaki kumpulan kami AK04
Front page Metro - Saturday 6 Jun 2015 & interview by RTM TV 1 on arrival at KLIA2 arrival hall @ about 12 midnight. Program air on Sunday Selamat Pagi Malaysia. I said this is my first and last climb! ;)
Kami 15 orang semua selamat (bukan 13)
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
===========================================================
All the pictures below are by me / friend (Sony RX100 Mk II) & from Insp. Fadzli handphone
Kronologi 2: Dari Kinabalu Park ke Puncak Low
di Kundasang
early dinner at The Balsam Buffet Restaurant
sessi bergambar hari pertama sebelum mendaki
my Citizen Altichron Duratect shows 1483 meter above sea level (at Kinabalu Park carpark)
Kinabalu Park HQ - tempat timbang barang
Sutera Sanctuary Lodge - tempat registration & simpan beg
at The Peak Lodges we stay overnight there
mengagihkan ubat Diamox- mencegah Acute Mountain Sickness
lagi sesi bergambar
Majestic Mount Kinabalu - view from The Peak Lodge (above), and from Kinabalu Park Office
DAY 1 - climb from Timpohon Gate to Laban Rata
briefing by Malim Gunung Christopher Peter Ebi before start ascending from Timpohon Gate at 9am
bergambar di pintu masuk - Timpuhan Gate
My name tag - 007
ready to conquer the mountain
Carson water fall
never ending stairs
EDIT (14/1/16) - Amirul bergambar dengan pendaki dari Sungai Ling Maran (AL04 (009) - Cikgu FaraWahida. Saya telah minta tolong Fara untuk merakan gambar saya di atas tu. Emak pendaki Sg.Ling ini baru tukar sebagai Guru Besar di Sek. Keb. Krau di Raub.
beautiful nature
Aiman feed the tame squirrel - Kinabalu squirrel (Callosciurus baluensis)
above Squirel pic from internet
protection from drizzling
arrived at Laban Rata hostel at 2.00pm - I'm 3rd after Inspector Fadhli and Haruna
Panorama pic below from Mount Kinabalu.com
at Laban Rata veranda - background Mount Kinabalu's rock and dwarf shrubs
Altichron Duratect at Laban Rata shows 3115 meters asl (official height at 3,270 meters)
Aiman (youngest climber - 8th) dan ayahnya (Cikgu Zul refree)
Waiting for early dinner @ 4pm - at Laban Rata Cafeteria
Day 2 - from Laban Rata to Mount Kinabalu summit - Low's Peak
waiting for breakfast -Friday morning 5 Jun 2015
breakfast at 1:45am
ready to scale the rock surface of mountain at 2:15am
The above picture was taken at Lapan Rata, when we started the night climb.
From this point I have no time for photography, fully occupied to control my breathing and focus on the wooden stairs, rock stairs / rock surface and ropes.
pic by: cyrilteo
Scaling the rock supface - pic by: cyrilteo
beautiful headlight pattern - pic by: Jessica Korteman
Headlight from climbers - Pic by: 12daysinmalaysia.wordpress.com
we can see Kota Kinabalu city form the peak of Mount Kinabalu - pic by: Ben Reboots
Last Check-point Sayat-Sayat
subhanallah
above picture by Darwin Lucena
Summit - Friday morning 5/6/2015 @ 5:30am
going down
Alhamdulillah - selamat
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
UPDATE: 17 October 2015
Penyerahan Sijil Pendakian - sempena Hari Graduasi Sek. Men. Tengku Kudin, Raub.
Sepatutnya sijil ni dapat sebaik saja turun gunung. Sebab gempa-bumi , 5 bulan baru dapat
Akhirnya ...Inilah dia SIJIL Certificate Colour - setelah penat lelah berlatih selama 3 bulan
VIDEO: Presentation Semasa Majlis Graduasi Sek.Men.Tg. Kudin, Raub.